Mohamad Khairy Abdullah merupakan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 DUN Ke-16 bagi kerusi N44 Tulid.
Beliau yang dikenali sebagai Anim dikalangan penduduk Transpegalan itu merupakan seorang etnik Dusun dan anak jati yang telah banyak berjasa di kawasan itu.
Mohamad Khairy Abdullah juga merupakan pemegang sarjana Komunikasi dan Sains Politik dan Presiden Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Pedalaman Sabah. Beliau juga merupakan seorang pakar perunding penanaman durian komersil.
Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Open Universiti Malaysia (OUM) dan beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia