Leong Chau Chu adalah salah seorang Penaja Parti USNO Negeri Sabah, sebelum ini adalah seorang Guru yang pernah meletakkan jawatan sebagai seorang kakitangan awam kerana bertanding sebagai Calon USNO pada pilihanraya 1985 untuk menentang Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh dan seorang calon dari Parti PBS Datuk Kadoh Agundong di Tenom Sabah.
Leong Chau Chu juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru) sejak 2013.
Beliau telah bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ke -16 bagi merebut kerusi DUN N.41 Liawan yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru bersama calon daripada Warisan, Rasinin Koutis selain Mazlan Abdul Latif dari Parti Cinta Sabah (PCS); Annuar Atun @ Bana, Parti Perikatan Nasional (PN); Yatin Kukung (Parti Liberal Demokratik (LDP); Daniel Kinsik, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Jake Noitin sebagai calon bebas.