Ali Dad Fazal Elahi merupakan usahawan yang sangat aktif dalam politik.
Beliau pernah menjadi Ketua Cawangan USNO Bingkul, Ketua Cawangan UMNO Kampung Tengah dan pernah menjadi AJK Cabang Parti Keadilan Rakyat Cabang Sipitang, serta pernah bertanding Majlis Pimpinan Pusat PKR 2018.
Ali Dad juga merupakan Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sering dijemput untuk berceramah di nusantara dan pernah berkunjung ke Amerika, United Kingdom, Jerman, Muscat, Dubai, Australia, Perancis, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, India, Pakistan, Bangladesh dalam ijtimak tabligh.
Ali Dad Fazal Elahi, Ketua Penyelaras USNO bahagian Sipitang telah bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N34 Lumadan pada Pilihan Raya Negeri 2020.