Abidin Sukor adalah bekas Presiden Pertubuhan Peniaga-peniaga dan usahawan Negeri Sabah (PPUS) sering terlibat dalam pelbagai gerakan aktiviti kemasyarakatan dan aktivis sukarelawan.
Berusia 57 tahun, Abidin mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) bertanding kerusi DUN Sekong dengan bersaing lima penjuru.
Terdahulu, kerusi DUN Sekong dimenangi oleh Arifin Asgali dari Parti Warisan dengan jumlah majoriti 6,740 undi.