ATIONG TITUH

Dr Ationg Tituh merupakan pengasas kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah yang nama singkatannya dikenal sebagai Gagasan atau PGRS.

Parti politik ini didaftarkan pada 28 Ogos 2013 sebagai sebuah parti pembangkang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Pada Mac 2020, Ationg, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Wilfred Bumburing, Presiden Parti Anak Negeri, Henrynus Amin dan Presiden Parti Hak Sabah, James Ligunjang menandatangani perjanjian persefahaman membentuk gabungan di bawah Gagasan dengan melantik Anifah Aman sebagai presiden.

Walau bagaimanapun, penggabungan itu terbatal setelah Gagasan dan Anak Negeri menarik diri disebabkan Anifah menyertai PCS dan dilantik menjadi presiden parti itu pada Julai 2020.

Ationg bertanding di kerusi DUN Kuamut berdepan dengan pertembungan lima penjuru.

Calon lain yang turut bertanding merebut kerusi tersebut ialah Benson Inggam (UPKO), Juhari Janan (BN), Ma Siung Banah (Bebas) dan Mohd Mezsi Ng Abdullah (PCS).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Presiden dan pengasas Gagasan
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Gagasan Rakyat Sabah
Parti: Gagasan (PGRS)
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P187 Kinabatangan N57 Kuamut