NG CHUN SUA

Sebagai ahli perniagaan tempatan yang telah terlibat dalam industri pelancongan selama lebih dari 20 tahun, Ng Chun Sua, 50, secara semula jadi mengetahui kekurangan pembangunan industri pelancongan tempatan.

Chun Sua dari Kampung Kota Marudu telah mengeluarkan manifesto dengan meningkatkan keberkesanan dan efisien perancangan mengenai pembangunan industri pelancongan dan manifesto ini akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat oleh penduduk DUN Api Api pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Malah Timbalan Ketua (Parti Bersatu Sabah) PBS Luyung bertanding atas tiket Bebas ini juga memberi fokus kepada meningkatkan kebersihan, keindahan, kecerian dalam memelihara bandar.

Beliau juga dikhabarkan berjaya membawa pelaburan langsung asing dari Brunei dan Singapura sekitar RM100 juta dalam bidang pelaburan hartanah di Sabah dua tahun lalu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua PBS luyung
Pendidikan:
  • Graduan bidang pelancongan, pengurusan perniagaan Kanada

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P172 Kota Kinabalu N20 Api-Api