EVELYN JUNE CHARLIE

Evelyn June Charlie dilahirkan pada 21 Februari 1976 dan merupakan bekas ketua budaya dan pendidikan sosio di BIMP-EAGA Business Council (BEBC).

Pada Pilihan Raya Negerei Sabah 2020 kali ke 16, beliau telah bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Limbahau, mewakili Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS)

Misi beliau adalah mempromosi dan mendorong pembangunan lestari persekitaran dan alam semula jadi, kemudahan dan perkhidmatan, tempat tinggal  yang selamat serta sihat khusus untuk penduduk Limbahau dan pengunjungnya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengasas bersama WINNERS - Women in Innovation for Sabah sejak 2015).
  • Bekas Ketua Budaya dan Pendidikan Sosio di BIMP-EAGA Business Council (BEBC)
  • Pengasas Majlis Ekonomi Kreatif Malaysia
  • Naib Presiden Pendidikan dan Industri Kreatif untuk masyarakat orang asli melalui Dewan Perniagaan dan Industri Kadazan Dusun Malaysia (KCCI)
Pendidikan:
  • Sarjana Pengurusan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2006-2008)
  • Sarjana Muda Kaunselor Pendidikan/ Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Universiti Putra Malaysia  (UPM) )1998-2001)
  • Diploma Lanjutan Penderaan Dadah UMS (2008-2009)
  • Diploma Pentadbiran Awam (UiTM) (1994-1997)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Gagasan Rakyat Sabah
Parti: Gagasan (PGRS)
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P175 Papar N27 Limbahau