CHIA CHUI KET MELANIE

Melanie Chia Chui Ket, 63 tahun adalah ahli politik yang paling berpengalaman dengan karier politik selama lebih dari 20 tahun.

Beliau salah seorang pengasas Parti Maju Sabah(SAPP) dan pernah dilantik timbalan presiden SAPP.

Bagaimanapun pada 30 Ogos 2020, Melanie Chia mengumumkan keluar dari parti selepas 26 tahun bersama parti itu.

Tindakannya itu dipercayai berpunca daripada keputusan SAPP untuk menjadi salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Melanie Chia pada 2008 melepaskan jawatan sebagai Pembantu Menteri Kewangan ketika SAPP menyatakan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) demi memperjuangkan hak dan autonomi Sabah dengan lebih baik.

Beliau sebelum ini bertanding di DUN Luyang atas tiket BN namun SAPP telah keluar dari parti kompenan BN pada 17 September 2008 untuk menjadi parti Bebas.

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Pembantu Menteri Kewangan 
  • Bekas ADUN Luyang 

Jawatan disandang dalam politik;

  • Bekas Timbalan Presiden SAPP
  • Bekas Naib Presiden SAPP
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P172 Kota Kinabalu N16 Luyang
  • PRU12- P172 Kota Kinabalu N16 Luyang
  • PRU13- P172 Kota Kinabalu N16 Luyang
  • PRN DUN Sabah 16- P172 Kota Kinabalu N19 Likas