NUR AINI ABDUL RAHMAN

Dr Nur Aini Abdul Rahman merupakan calon parti Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi Parlimen P191 Kalabakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

Beliau merupakan calon parti Liberal Demokratik (LDP) bagi DUN N63 Kunak, Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16.

Beliau merupakan seorang doktor perubatan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air Negeri Sabah.

Pencapaian
Kerjaya:
  1. Bekas Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Kunak.
  2. Bekas Pegawai Perubatan di Hospital Papar, Sabah.
  3. Bekas doktor pelatih di Queen Elizabeth Hospital, Sabah.
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P191 Kalabakan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P188 Lahad Datu N63 Kunak