Ha Cheun Hoo berusia 40 tahun menyertai Parti Liberal Demokratik (LDP) bahagian Karamunting sejak Tahun 2010 sebagai ahli biasa.
Kemudian diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pemuda DUN Karamunting pada tahun 2012.
Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ma Kiew sebanyak dua kali.
Pada tahun 2014, dilantik sebagai Timbalan Pemuda Pusat dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Liberal Demokratik pada tahun 2018.