Mohd Fazil Ajak dilahirkan pada 3 Februari 1988, antara muka baharu diketengahkan oleh Parti Liberal Demokratik (LDP) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.
Beliau berusia 32 tahun berbangsa Suluk berkelulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pendidikan.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari, juga merupakan felo Perdana Persatuan Profesional Suluk Sabah.