Mohd Azree Abd Ghani, 29, antara calon orang muda diberi kepercayaan oleh Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menggalas cabaran parti itu dalam misi untuk membentuk kerajaan baharu yang akan mengubah masa depan Sabah.
Kehadiran LDP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dilihat sebagai pilihan baharu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setelah bertanding sebanyak 46 kerusi DUN.
Asal dari kampung Tengah, Bongawan, lebih mesra disapa 'Doraemon'menyatakan agenda pembaharuan yang mahu dibawa kepada masyarakat Bongawan diyakini mampu diterjemahkan sebaik mandat diberikan kepada LDP.