JANRYWINE J LUSIN

Janrywine J Lusin merupakan salah seorang daripada dua anak seni yang bertanding pada PRN Sabah kali ini.

Berhadapan dengan pertembungan lima penjuru di DUN Kawang, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Macam di KK' ini membawa kebajikan anak seni sebagai perjuangannya.

Anak jati Papar ini bakal bersaing dengan Datuk Ghulamhaidar@Yusof Khan Bahadar (PN); Abdul Rahim Lassim (PCS); Musli Sapan (Warisan) dan Awang Arip Nasib@Ag Arif Nasib (USNO).

Seorang lagi calon ialah Jimmy Palikat yang bertanding sebagai calon Bebas di DUN Tambunan.

Ini bukan kali pertama seorang selebriti menjadi calon pilihan raya di Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11, penyanyi, pelakon dan pelawak, Abu Bakar Ellah atau lebih dikenal sebagai Ampal pernah bertanding di DUN Kuamut sebagai calon Bebas.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST’s)
  • Pengerusi Kelab Rekreasi Artis Sabah (KERAS)
  • Penyanyi dan pencipta lagu sejak di bangku sekolah 
  • Penyampai Radio Kupi-Kupi FM (2016-2019)
  • Juri Profesional dalam Pertandingan Nyanyian, Persembahan Pentas & Bakat Belia Kebangsaan (2014)
  • Menjuarai pertandingan nyanyian anjuran RTM, KDCA (2003-2006)
  • Pelantun Lagu Popular ‘Macam Di KK’
  • Duta Bandaraya Kota Kinabalu (2012-2013).
  • Wartawan Hiburan
  • Pelakon Utama Drama TV, Telefilem, Teater Pentas
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Keusahawanan) Universiti Malaysia Sabah (2001)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Liberal Demokratik
Parti: LDP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P175 Papar N28 Kawang