Achmad Noorasyrul Noortaip berusia 33 tahun, ialah calon termuda dalam kalangan 10 calon yang bertanding di DUN Inanam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16, 26 September ini.
Aktivis ini menggunakan lambang pokok membawa aspirasi anak muda Sabah dan aktif menerusi program amal sejak 10 tahun lalu.
Anak muda ini juga terlibat dalam bidang usahawan sejak dibangku sekolah dan kini menceburi dunia pelancongan sebagai kerjayanya.