Mohd Hardy Abdullah atau lebih dikenali sebagai Zoro Yukon @ Lulu merupakan seorang anak jati Manggatal.
Pengalamannya sebagai seorang pendidik selama 36 tahun antara kelebihan buat calon N.19 Inanam mewakili Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Sepertimana yang kita sedia tahu, tugas sebagai seorang pendidik bukanlah mudah, kerana beliau telah menumpukan 36 tahun daripada hidupnya dalam membentuk dan membimbing generasi muda ke menara gading.
Oleh itu, Mohd Hardy telah meletakkan jawatannya sebagai pendidik kerana merasakan sudah tiba masanya untuk beliau berbakti, menyumbang masa dan tenaganya kepada penduduk N.18 Inanam dan menceburi bidang politik.
Antara misi dan aspirasi beliau mewujudkan Agro Pertanian di kawasan tanah tinggi, menaiktaraf infrastruktur dari aspek ekonomi, kesihatan, riadah, kebajikan, dan peluang pekerjaan rakyat.