RAYMOND ALFRED JENRY

Maklumat Diri
Asal
Tamparuli, Sabah
Pasangan
June Gerald Austin

Dr Raymond Alfred @ Jenry, anak jati Tamparuli yang merupakan seorang ahli akademik dan pakar pemuliharaan alam sekitar.

Mempunyai 30 tahun pengalaman, Raymond percaya beliau boleh berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk mencipta sosio ekonomi mampan bagi penduduk Sabah.

Salah seorang muka baharu dalam PRN Sabah ini memiliki doktor falsafah dalam Proses Ekology dan Sarjana Sains Alam Sekitar.

Beliau merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli mewakili Parti Liberal Demokratik (LDP).

Raymond juga Ketua Pegawai Eksekutif Allyssa Research Group Sdn Bhd dan Pengurus Kebangsaan Mampan IOI Group (Msia and Indonesia).

Beliau sebahagian daripada pasukan SMART yang mengendalikan Program Peningkatan Pembangunan Ekonomi Masyarakat di Semporna (rumput laut) dan Kinabatangan (karbon).

DUN Tamparuli menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Calon lain yang turut bertanding ialah Denis Gimpah daripada Parti Cinta Sabah (PSC); Datuk Jahid Jahim (PBS) dan Alijus @ Mohd Ali Sipil (PKR) dengan jumlah pengundi 16,597.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Pegawai Eksekutif Allyssa Research Group Sdn Bhd
  • Pengurus Kebangsaan Mampan IOI Group (Malaysia and Indonesia)
  • Mantan Ketua Konservasi di Borneo Conservation Trust (2011-2018)
  • Kakitangan WWF Malaysia (2000-2011)
Pendidikan:
  • Doktor Falsafah Proses Ekologi, Universiti Malaysia Sabah (2014)
  • Sarjana Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) (2000)
  • Sarjana Muda Pemetaan dan Tinjauan Tanah, UiTM Arau (1992)
  • Sekolah Berasrama Penuh Labuan (1990)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Liberal Demokratik
Parti: LDP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N14 Tamparuli