AWIL KAMSARI

Maklumat Diri
Asal
Tuaran, Sabah
Pasangan
Dk Nurul Azna Ak Akim

Leftenan Muda Maritim (B) Awil Kamsari, 42, merupakan calon parti Gagasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah Tuaran.

Anak jati Tuaran ini berhadapan dengan pertembungan lapan penjuru bagi merebut kerusi DUN Pantai Dalit.

Calon yang turut bertanding ialah Jasnih Daya daripada parti Barisan Nasional; Rusdi Saelih (LDP); Matbee@Matbeh Ismail (USNO); Peter Pikul (Bebas); Johan Jahid (Bebas), Rakam Sijim (Warisan) dan Muhamad Amirul Amin (PCS).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah Tuaran 
  • Ahli Majlis Perunding, Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Sabah
  • Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Tentera Laut Diraja Malaysia
  • Pengerusi Malaysia Wilayah Sabah - Masyarakat Adat Nusantara (MATRA)
  • Presiden Protem Pertubuhan Perwira Negeri Sabah
  • Presiden Muafakat Gabungan NGO Sabah G100

Anugerah:

  • Pingat Perkhidmatan Am, TLDM
  • Pingat Setia sentiasa Berjuang, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
  • Pingat R. TG Satrio Suryopuro Indonesia
  • Pingat Datuk Laksamana DiRaja Paramount Sultan Ali (Filipina) 
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, Universiti Terbuka Malaysia (2008)
  • Diploma Teknologi Marin, Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia (2004)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Gagasan Rakyat Sabah
Parti: Gagasan (PGRS)
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P170 Tuaran N13 Pantai Dalit