AMZAH HAMZAH SUNDANG

Datuk Amzah @ Hamza Sundang dilahirkan pada 1 Mei 1958 merupakan bekas pengarah Kastam Negeri Sabah 2017 dan pelbagai penghargaan diterima sepanjang menyarung badan uniform tersebut.

Bekas Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2016 ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rangalau bersama  Jabatan Kastam lebih 10 tahun bermula jawatan ketua Kastam pada 1988.

Beliau berusia 62 tahun, kemudian berpindah di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik pada 2007 sebelum kembali ke Sabah sebagai Timbalan Pengarah Kastam Sabah pada 2009 dan bersara pada 2017.

Dalam pada itu, beliau terus cemerlang dalam perkhidmatannya dengan menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Watikah Penghargaan Pegawai Contoh Kepimpinan pada 2006.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, beliau mewakili Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) di DUN Tempasuk dan berdepan lima penjuru.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua Kastam Kudat (1988)
  • Ketua Penguatkuasan Wilayah Persekutuan Labuan (1989)
  • Pegawai Penyiasatan Kastam Kota Kinabalu (1990)
  • Ketua Kastam Tawau (1997)
  • Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik Sabah (2002)
  • Ketua Kastam Sandakan (2003)
  • Ketua Kastam Pasir Gudang Johor (2006)
  • Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat Putrajaya KL (2007)
  • Timbalan Pengarah Kastam (Pengkastaman) Sabah (2009)
  • Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Sabah (2011)
  • Pengarah Kastam Negeri Terengganu (2014)
  • Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (2016)
  • Pengarah Kastam Sabah (2017)
Pendidikan:
  • SK Rangalau (1960)
  • SMK Kota Belud (1971)
  • SMK SANZAC (1971)
  • SMK Sri Perak, Teluk Intan Perak (1976)
  • Ijazah Pengurusan Perniagaan (kepujian) Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: United Sabah National Organisation
Parti: USNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N9 Tempasuk