RUDDY AWAH

Hobinya bermain bola sepak, sepak takraw dan golf.

Anak jati Pitas ini bertanding atas tiket calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 namun beralih menyertai Perikatan Nasional setelah memenangi kerusi Pitas dalam saingan lima penjuru.

Datuk Seri Ruddy Awah menang dengan majoriti 559 mengalahkan calon Barisan Nasional (Sufian Abdul Karim); Warisan (Sharif Azman Sharif Along); PCS (SH Sahar SH Ading) dan USNO (Ilasam Nurkasim).

Ruddy yang sebelum ini disebut-sebut bertanding atas tiket PBPM bagaimanapun tidak kesampaian apabila kerusi iu diberikan kepada BN-Umno.

Beliau mengambil keputusan bertanding calon Bebas kerana yakin mendapat sokongan daripada kira-kira 10,928 pengundi di kawasan itu.

Ruddy yang juga usahawan terkenal, berpengalaman luas dalam bidang politik.

Beliau pernah menjadi AJK UMNO Bahagian Kudat, Mantan Naib Ketua Cabang PKR P167 Kudat, mantan Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah dan mantan Pengerusi Biro Pemantapan Negeri Sabah sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Ogos.

Sejak 2005, beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, khususnya komuniti setempat.

Sikap mudah mesra dan murah hati ini mungkin salah satu sebab beliau dipilih pengundi setempat walaupun bertanding atas tiket Bebas.

Beliau yang berbangsa Dusun/Pagan juga aktif bersukan walaupun pada usia 51 tahun.

Ruddy dilantik menjadi pengurus pasukan sepak takraw Pinggan-Pinggan sejak tahun 2000 hingga kini.

Pasukannya pernah mara hingga ke peringkat daerah Kudat dalam pertandingan liga.

Selain itu, beliau juga pengurus Pasukan Bola Sepak Belia Kampung Salimpodon Laut pada Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Berh9ormat Datuk Masrani Parman pada tahun 2000 hingga 2006.

Menariknya, beliau pernah mewakili Zon Utara Sabah dalam Kejohanan Golf Sukma Melaka pada 2010.

Selepas memenangi kerusi DUN Pitas beliau dilantik sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Perniagaan
  • Kaunselor Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas (2006 hingga kini)

Jawatan dalam politik:

  • Mantan Pengerusi Biro Pemantapan Negeri Sabah
  • Mantan Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah
  • Mantan Naib Ketua Cabang PKR Kudat 
  • Mantan AJK UMNO Bahagian Kudat

Jawatan dalan persatuan:

  • Pengerusi Sukarelawan Pencegahan Dadah Jenayah Malaysia Cawangan negeri Sabah 
  • Timbalan Yang Dipertua (1) Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia
  • Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang, Pitas
  • Pengerusi Permuafakatan PIBG Daerah Pitas
  • Presiden Persatuan Kontraktor, Pitas
  • Pengerusi KDMR, Pitas
  • Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumis)
  • Yang Dipertua PIBG SMK Pinggan-Pinggan, Pitas
  • Timbalan Presiden Persatuan Penjaja Daerah Pitas
  • Timbalan Pengerusi Koperasi Pelancongan Pitas
  • Penaung Persatuan Jurulatih Sabah

Anugerah:

  • Jaksa Pendamai (2015)
  • Bintang Kinabalu (1994)
Pendidikan:
  • Anugerah Doktor Falsafah dari Universiti Camden, Amerika Syarikat 
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan, Institut Usahawan Muda Malaysia
  • SMK Pinggan-Pinggan, Pitas
  • SK Pinggan-Pinggan, Pitas
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah
Parti: GRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P167 Kudat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N3 Pitas