CHEW KOK WOH

Datuk Chew Kok Woh berusia 59 tahun adalah Ahli Majlis Mesyuarat Presiden MCA Malaysia dan juga ketua bahagian MCA Batu Sapi.

Beliau yang aktif dalam dunia politik merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Sandakan merangkap penasihat syarikat edaran ADL.

Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu dari tahun 2015 hingga 2018.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Sandakan (2011-2012)
  • Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (1995-1996) & (1999-2000)
  • Penasihat syarikat edaran ADL

Jawatan disandang dalam politik

  • Ahli Majlis Mesyuarat Presiden MCA Malaysia (2019-kini)
  • Ketua Biro Bahasa Inggeris MCA Malaysia (2018-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi MCA (2014-kini)
  • Ketua Bahagian MCA Batu Sapi (2013-kini)
Pendidikan:
  • Dilploma Kejuruteraan Awam
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P185 Batu Sapi N54 Karamunting