Dr Chang Kee Ying berusia 32 tahun merupakan doktor pergigian dan menceburi bidang politik pada usia muda dengan mewakili Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA).
Berasal dari kaum Dusun, beliau juga adalah pengarah dan rakan kongsi kepada Smile Dental Center, Gleneagles Hospital Kota Kinabalu.
Terlibat dalam aktiviti sosial dan komuniti, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Bercerita tentang dunia politik, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan naib bendahari Wanita MCA Sabah, naib bendahari MCA Bahagian Kota Kinabalu dan pernah menjadi bendahari MCA Bahagian Kota Kinabalu.