YAKUB KHAN

Senator Datuk Yakubah Khan, 58 tahun merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia akan bertanding di kerusi DUN Karambunai.

Beliau bergiat aktif dalam dunia politik dan setia dengan Parti Barisan Nasional (BN) meskipun ramai rakannya keluar dari UMNO dan lompat parti.

Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar dan dilantik sebagai Senator pada 22 Jun 2020.

Senator Datuk Yakubah Khan juga Anggota Pihak Berkuasa SEDA sejak 1 Mei 2020.

Buat masa ini, beliau merupakan Pengarah di Julang Bernas Sdn Bhd, Kota Kinabalu Sabah dan Anggota Pihak Berkuasa untuk LBS Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau telah dianugerahkan beberapa pingat dan darjah kebesaran, antaranya, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) pada 2016, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) pada 2010 dan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada 2004 oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.

Sebelum ini, Yakubah merupakan Timbalan Pengerusi bagi Tekun Nasional.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah ESPEK Plantation Sdn Bhd Malaysia (RISDA) selama lima tahun.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Negara
  • Ahli Perniagaan

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Pemuda UMNO Gaya (2000-2004)
  • Pengerusi Kumpulna Ziarah Jemaah Sepanggar
  • Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar (2015-2018)
  • Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar (2018)
  • Timbalan Ketua UMNO Sabah (2018-kini)
  • Ketua UMNO Bahagian Sepanggar (2018-kini)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (2018-kini)
Pendidikan:
  • Sijili Pelajaran Tinggi Malaysia SMK Menggatal
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P171 Sepanggar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P171 Sepanggar N16 Karambunai