Walaupun menjadi muka baharu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan di bawah Parlimen Keningau, Sabah, nasib menyebelahi Annuar Datuk Ayub apabila berjaya merebut kerusi tersebut.
Berhadapan dengan pertembungan tujuh penjuru, Annuar menang dengan memperoleh majoriti 641.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah Ke-16, Annuar bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN)
mendapat 4,628 undian mengatasi pencabar terdekatnya, calon Warisan, Rasinin Koutis @ Kautis yang mendapat undi 3,987.
Antara yang turut bertanding adalah calon Bebas, Jake Nointin dengan mendapat 1,835 undian; calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Daniel Kinsik (1,084) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) (209).
Dua lagi calon yang bertanding adalah daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), Yain Kukung (45) dan calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Leong Chau Chu (43).