ABD GHANI MOHAMED YASSIN

Datuk Abd Ghani Mohd Yassin merupakan Senator dalam Dewan Undangan Negeri Malaysia yang dilantik sebagai wakil dari Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau berusia 59 tahun telah dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara Malaysia pada 5 Januari 2018 lalu untuk penggal kedua.

Pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Daerah Nabawan Tahun 1441H/2019M.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan beliau dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat negeri dan kebangsaan dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Ahli Majlis Tertinggi USIA Sabah, Ketua Bahagian USIA Pensiangan, Mantan Timbalan Pengerusi Sabah Land Development Berhad (SLDB) (2008-2014).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Majlis Tertinggi USIA Sabah
  • Ketua Bahagian USIA Pensiangan
  • Mantan Timbalan Pengerusi Sabah Land Development Berhad (SLDB) (2008-2014).

Jawatan disandang dalam politik

  • Senator dalam Dewan Negara Malaysia pada 5 Januari 2018 selama dua penggal

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P182 Pensiangan N46 Nabawan