Arsit Sedi adalah calon Perikatan Nasional/Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Petagas, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau menyandang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Putatan.
Lebih 14,000 pengundi akan menentukan siapa wakil rakyat Petagas dalam pertandingan enam penjuru yang menyaksikan Arsit dicabar calon PCS Ahmad Farid Sainuri, Datuk Awang Ahmad Sah (Warisan), Jecky Lettong @Thaddeus Jack (LDP), Mohamad Kulat (Parti Gagasan Rakyat Sabah) dan calon Bebas Paulis Nointien.