WETROM BAHANDA MOHD FIKRI

Datuk Wetrom Bahanda dari Kota Marudu dahulunya memilih Barisan Nasional (BN) sebagai pegangan parti politik dan dilantik Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.

Namun lompat parti dengan memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 2019 dan dilantik pengerusi Zon 1 bagi PPBM Sabah.

Umumnya juga diketahui bahawa Wetrom telah beberapa kali cuba untuk menawarkan diri untuk bertanding sama ada di DUN Matunggong ataupun Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu atas tiket BN.

Namun atas sebab kesemua kerusi tersebut adalah kuota Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu, maka niat beliau itu tidak kesampaian bagaimanapun rezeki memihak kepadanya kerana Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, beliau dicalonkan bagi DUN Bandau iaitu DUN baru bagi Sabah. Beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan dan memiliki syarikat Zat Murni Sdn Bhd
  • Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor 

Jawatan disandang dalam politik:

  • Bekas ketua UMNO Bahagian Kota Marudu
  • Ketua penaja pimpinan bahagian PPBM Kota Marudu
  • Pengerusi Zon 1 PPBM Sabah

 

Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- p168 Kota Marudu N6 Bandau