NORLIZAH DATUK GURAHMAN

DUN Tanjung Kapor adalah antara kerusi yang mempunyai jumlah pengundi paling ramai. Perikatan Nasional (PN) menunjukkan komitmen dan kepercayaan terhadap anak muda dengan meletakkan calon wanita muda di DUN ini iaitu Norlizah Gurahman.

Anak muda berusia 33 tahun ini juga merupakan Naib Ketua Srikandi Bersatu Kudat dan adalah calon tunggal Srikandi Bersatu Sabah.

Beliau seorang ahli perniagaan giat turun padang bertemu pengundi bagi menawan kerusi bagi DUN Tanjong Kapor.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Ketua Srikandi Bersatu Kudat
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N4 Tanjong Kapor