Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 (PRU DUN 16) menyaksikan pertandingan berbilang penjuru yang luar biasa.
Ini yang terpaksa dihadapi calon Warisan Peto Galim apabila beliau terpaksa berhadapan dengan sembilan calon lain bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di bawah Parlimen Sepanggar.
Sungguhpun begitu, Peto menang dengan majoriti 5,638.
Beliau mendapat undi keseluruhan 8,586 dan bejaya menewaskan calon Parti Bersatu Sabah, William Majinbon yang mendapat 2,948 undian.
Turut bertanding calon Bebas Kenny Chua Teck Ho (2,346); calon Parti Demokratik Liberal (LDP) Chong Kah Kiat (1,606) dan calon Parti Gagasan Rakyat Sabah Goh Fah Sun @ Francis Goh (362).