AMPALUS ROBERT SANARON

Ampalus @ Robert Sanaron dilahirkan di Kampung Sabulu Pensiangan dan merupakan bekas penolong pegawai pendidikan di Pejabat Pendidikan daerah Nabawan.

Beliau bersara pada 2019 dan kini berkerja sendiri selain terlibat dengan aktiviti badan bukan berkanun sebagai timbalan pengerusi PEMADAM (Persatuan Pencegahan Dadah) di daerah Nabawan. 

Pada kali ini beliau juga menceburi bidang politik atas tiket Parti Cinta Sabah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan, Tulid (1988 – 1994) 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan, Nabawan (1994 – 2006)
  • Penolong Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Nabawan ( 2006 – 2019)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan ( 2019 – Bersara)

Penglibatan sosial:

  • Pengerusi Persatuan Pelayanan Murut SIB Sabah, PPMS (2006 – 2020)
  • Pengerusi Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Sawit Daerah Nabawan (2017 – kini)
  • Setiausaha Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Sawit Negeri Sabah (2017 – kini)
  • Timbalan Pengerusi PEMADAM (Persatuan Pencegahan Dadah) Daerah Nabawan (2018-kini)
  • Ahli Majlis Daerah Nabawan (2017 – 2020)
  • Ketua Gereja SIB Pekan Nabawan (1995 – 2018)
  • Ketua Gereja SIB Township Nabawan (2018-kini)
Pendidikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia, SPM - SMK Gunsanad Keningau (1979 – 1985)
  • Diploma Pendidikan - Maktab Perguruan Keningau (1985 -1987)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM (2003-2006)
  • Ijazah Sarjana (Master) Pengurusan Disiplin dan Pendidikan, Universiti Selangor – UNISEL (2010 – 2011)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P182 Pensiangan N46 Nabawan