Datuk Fauzi Ibrahim merupakan anggota Polis Diraja Malaysia bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bersedia menggalas tanggungjawab bagi DUN Pantai Manis setelah dicalonkan atas tiket Parti Cinta Sabah.
Beliau berpengalaman dalam pasukan gerakan Marin juga aktiviti dalam bidang sukan antaranya bola sepak dan ragbi di Labuan serta Papar.
Beliau berasal dari Kampung Sungai Papar juga adalah pegawai perhubungan Masjid Sabah (Polis Diraja Malaysia) pada 2019 merangkap penasihat komuniti anak nelayan Kampung Kuala Papar.