WILLIAM SAMPIL

William Sampil adalah calon Parti Cinta Sabah (PCS)  bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N26 Moyog, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau pernah menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu (1990) dan Senator (JCI Malaysia) (2011).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu Pertanian di Jabatan Pertanian (1973-1977)
  • Pegawai Kerja Korporasi Pembangunan Desa (1979-1980)
  • Pegawai Kerja Unit Penyertaan Bumiputera (1980-1982)
  • Pembantu Undang-undang Peguam Negara (1986-1987)
  • Penolong setiausaha Jawatankuasa siasatan (1987-1988)
  • Ketua Penolong Pengarah Kementerian Kewangan (1988-1990)
  • Pegawai Tadbir Kementerian Pertanian dan Perikanan (1990-1992)
  • Pegawai Daerah Kuala Penyu (1992-1994)
  • Pegawai Tadbir Jabatan Perdana Menteri Malaysia (1994-1995)
  • Pegawai Tadbir Biro Pengaduan Awam, JKM
  • Pengarah Unit Pendidikan Negeri, JKM
  • Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan
  • Pegawai Daerah, Penampang
Pendidikan:
  • Sijil Sain Pertanian AVS Timbang Manggaris Kota Belud (1971)
  • Diploma Pentadbiran Awam Institut Teknologi MARA, Shah Alam(1977)
  • Sarjana Muda Undang-Undang Universiti of Kent di Canterbury (1982)
  • Lepas Ijazah Diploma Undang-Undang Universiti London (1985)
  • Sarjana Pertadbiran Perniagaan Edith Cowan Universiti Perth (1999)
  • AMBA (Mphill equivalent) Universiti South Australia Adelaide (2003)

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P174 Penampang N26 Moyog