Dayangku Ayesha Humaira Othman Shah berusia 24 tahun memiliki kerjaya sebagai paralegal merupakan antara anak muda yang ditonjolkan oleh Parti Cinta Sabah (PCS) untuk kemenangan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Berpendidikan tinggi dalam sarjana muda perundangan (kepujian) University of Exeter United Kingdom, beliau juga terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan kemasyarakatan.