Abd Alif Saibeh merupakan antara muka baharu dicalonkan oleh Parti Cinta Sabah (PCS) pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.
Beliau aktif dengan program sukarelawan dan aktiviti sosial antara kelebihannya untuk menawan hati pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.
Berpengalaman dalam bidang Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan pemasaran, beliau juga terlibat dalam Persidangan dunia pengusaha antarabangsa dan persatuan perniagaan keluarga 2009 dan program Generasi ‘Tangani Stress Bersama RTM’ pada tahun 2008.