WEBLEY DISIMRIZAL

Maklumat Diri
Asal
Kota Marudu, Kudat, Sabah
Tarikh lahir
3/10/1965
Pasangan
Mathilda Bangng
Anak
6

Perjuangan Webley Disley @ Rizal belum berakhir meskipun akur dengan kekalahan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Sabah di bawah Parlimen Kota Merudu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September 2020.

Pada PRN Sabah, Webley yang mewakili Parti Cinta Sabah (PCS) tewas di tangan Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri daripada Perikatan Nasional (PN) apabila dia hanya memperoleh undian sebanyak 477 undi. 

Sementara itu, Wetrom pula mendapat 5,386 undian dengan majoriti 3,363 sekali gus berjaya menewaskan lima calon lain daripada parti Warisan, PCS, USNO, LDP dan Bebas.

Webley mewakili PCS ketika PRN lalu, merupakan mantan Ketua Pegawai Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Anak jati Kota Marudu ini juga merupakan pengasas Persatuan Dusun Luba Sabah, sebuah persatuan etnik yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2016 bertujuan mengangkat martabat dan menjamin adat istiadat etnik Dusun Luba.

Beliau yang juga mantan Naib Presiden Dewan Usahawan Muda Bumiputera merupakan Ahli Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Menyentuh hal politik, beliau bermula sebagai Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1987, namun perjuangannya dalam parti itu berakhir apabila kini bertukar angin kepada PCS sebagai wadah perjuangannya.

Webley turut memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PCS dan Ketua Bahagian PCS Kota Marudu. 

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Marudu pada 2013 hingga 2016, Pengarah kilang Getah Malaysian Rubber Standard (SMR) pada 2014 hingga 2017 dan Timbalan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli perniagaan
  • Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Marudu (2013-2016)

Jawatan dalam politik: 

  • Ahli Majlis Tertinggi PCS
  • Ketua PCS Kota Marudu
  • Ketua Penerangan PBS Tandek (2014-2017)
  • Setiausaha PBS Tandek (2011-2014)
  • Timbalan Ketua EXCO Pemuda PBS Pusat (2009-2014)
  • Bendahari PBS Tandek (2009-2011)
  • Ahli Jawatankuasa EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN) Kebangsaan Malaysia (2006-2014)
  • AJK Exco Pemuda BN Sabah (2006-2014)
  • Setiausaha EXCO Pemuda PBS Pusat (2006-2009)
  • Ketua Pemuda PBS Tandek (2005-2009)
  • Setiausaha Politik PBS Pusat (1991-1994)
  • Exco Biro Sukan Pergerakan Pemuda PBS Pusat (1991-1994)
  • Timbalan Ketua PBS Langkon (1991-1994)
  • Ketua Pemuda PBS Kampung Goshen
  • Ahli PBS (1987)

Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO):

  • Pengasas dan Presiden PDLS
  • Ahli Persatuan KDCA
  • Naib Presiden Dewan Usahawan Muda Bumiputera 

Lantikan GLC:

  • Pengarah Getah Malaysian Rubber Standard (2014-2017)
  • Timbalan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) (2013-2017)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, Universiti Asia E, Kuala Lumpur (2015)
  • Cambridge College, United Kingdom (2004)
  • SM Advent Tamparulli, Tuaran, Sabah (1984)
  • SM Advent Goshen, Kota Marudu, Sabah (1982)
  • SR Advent Goshen, Kota Marudu, Sabah (1979)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- p168 Kota Marudu N6 Bandau

Artikel Berkaitan WEBLEY DISIMRIZAL

Video Berkaitan WEBLEY DISIMRIZAL