SH SAHAR SH ADING

Berusia 51 tahun, anak jati Pitas ini calon Parti Cinta Sabah (PCS) untuk bertarung dalam saingan lima penjuru di kawasan DUN Pitas.

SH Sahar SH Ading yang memiliki Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum ini bernaung di bawah UMNO sebelum beralih ke PCS.

Dilahirkan di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas beliau bersaing dengan Shariff Azman dari parti Warisan, Sufian Abd Kadir (BN); Ruddy Awah (Bebas) dan Ilasam Nurkasim (USNO). 
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Lembaga Pengarah Hotel Perkasa Sabah
  • Pengerusi Persatuan pekebun-pekebun Kecil Kelapa Sawit Bumiputera Pitas
  • Pengerusi Koperasi Sama Sepakat Pitas Berhad
  • Penaung Rela Mukim Pinggan-Pinggan, Pitas
  • Penasihat Rela Daerah Pitas
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Keluarga Sharif Sabah
  • Mantan Pengerusi PIBG SMK Pinggan-Pinggan Pitas
  • Mantan Kaunselor Majlis Daerah Pitas
  • Mantan Penasihat Persatuan Badminton Kudat
  • Penaung Anak Seni Kudat

Jawatan dalam parti:

  • Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kudat
  • Mantan Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Bahagian Kudat 
  • Mantan Ketua Unit Media Baharu Sabah
  • Mantan Ketua Biro Sukan dan Kebudayaan UMNO Bahagian Kudat
  • Mantan Bendahari Pemuda UMNO Cawangan Pinggan-Pinggan
  • Mantan AJK Bahagian Kudat
  • Mantan AJK Pemuda UMNO Cawangan Pinggan-Pingan 
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UPM
  • SMK Abdul Rahim, Kudat 
  • SK Tanjung Batu Laut, Kota Marudu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N3 Pitas