KAMRI BIN KAIL

Kamri Kail merupakan calon bagi Parti Cinta Sabah (PCS) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Berhadapan dengan pertarungan tujuh penjuru, Pegawai Hal Ehwal Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ini mempunyai kemahiran berceramah dalam bidang keagamaan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Kamri juga merupakan jurulatih tarannum kepada imam dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menariknya, beliau mampu menguasai beberapa bahasa suku kaum dengan fasih, iaitu Molbog, Bonggi dan Bajau seperti Ubian, Sama serta Kagayan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Hal Ehwal Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
  • Pegawai Penguatkuasa Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri sabah
  • Juru Runding Hal Ehwal Rumahtangga Keluarga Islam
  • Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Banggi
  • Pengerusi Madrasah Bergerak Banggi
  • Biro Hal Ehwal Agama Islam Persatuan Banggi
  • Penyelia Guru KAFA Daerah
  • Jurulatih Tarannum kepada Imam dan Guru KAFA
  • Qari MTQ Daerah Peringkat Negeri 
Pendidikan:
  • Institut Dakwah Islamiyah (PERKIM), Kota Bharu, Kelantan (1995)
  • Institut Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan (1992)
  • Pusat Latihan Dakwah, Keningau (1988)
  • SMK Rahim Kudat (1986)
  • SK Limbuak Banggi (1982)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Cinta Sabah
Parti: PCS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N1 Banggi