KONG NYUK THOU

Kong Nyuk Thau berusia 49 tahun antara muka baharu diletakkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabtu ini, namun hakikatnya, beliau bukan orang asing di kawasan itu.

Pernah berkhidmat dengan dua bekas Ahli Parlimen Batu Sapi iaitu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah dan Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai ketua pegawai komunikasi pada 2008 dan 2010.

Kong merangkap Ketua Bahagian Karamunting PBS telah belajar untuk mendengar permasalahan rakyat dan tahu saluran untuk menyelesaikannya.

Antara misi Kong juga Ahli Majlis Tertinggi PBS jika dipilih sebagai wakil rakyat ialah meningkatkan tahap keselamatan, infrastruktur awam dan membawa lebih banyak pembangunan ke Karamunting.

Kong juga bakal bersaing dengan rakan seperjuangannya dimana calon BN Datuk Chew Kok Woh (BN-MCA) juga bertanding bagi kerusi ini.

Selain BN, Kong berdepan pertarungan lima penjuru menentang penyandang George Hiew Vun Zin daripada Parti Warisan Sabah, Adam Chal (USNO), Ha Chuen Hoo (LDP), Lee Tiang Yong (PPRS) dan Loo Mun Yew (PCS).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ketua pegawai komunikasi kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah (2008)
  • Ketua pegawai komunikasi Datuk Linda Tsen Thau Lin (2008-2010)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Bahagian Karamunting PBS
  • Ahli Majlis Tertinggi PBS
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Bersatu Sabah
Parti: PBS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P185 Batu Sapi N54 Karamunting