JONNYBONE J KURUM

Jonnybone J Kurum mencatat sejarah apabila berjaya merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid di bawah Parlimen Beluran.

Sebagai muka baharu bertanding di kawasan itu, tentunya Jonnybone melalui laluan yang bukan mudah.

Lebih sukar apabila beliau terpaksa bersaing sengit dengan empat lagi calon lain.

Namun nasib menyebelahi Jonnybone apabila beliau menang dengan majoriti 685.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, Sandakan ini menang dengan memperoleh 2,266 undian ketika menentang pencabar terdekatnya calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Sitin yang mendapat 1,581 undi.

Turut bertanding calon BN, Abdul Wahab Abdul Ghani yang mendapat 1,389 undi; calon Parti Cinta Sabah (PCS) Jingkoi Luna (68) dan calon Parti Liberal Demokratik (LDP) (54). 

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Open University Malaysia pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Labuk selain dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Bestari Telupid.

Memula kerjaya politik sebagai Ketua Pemuda PBS Labuk, beliau kini dilantik Naib Ketua Pemuda PBS Pusat. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Telupid
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat Telupid

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Ketua Pemuda PBS Pusat
  • Ketua Penyelaras Pemuda PBS Sandakan
  • Ketua Pemuda PBS Labuk

Jawatan dalam badan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Komuniti Bestari Telupid
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Politik OUM, Kota Kinabalu, Sabah
  • Belajar di Institut Perhutanan Sabah 
  • SMK Telupid, Sandakan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Bersatu Sabah
Parti: PBS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P183 Beluran N47 Telupid

Artikel Berkaitan JONNYBONE J KURUM

Video Berkaitan JONNYBONE J KURUM