Datuk William Majinbon adalah anak jati Inanam memiliki latar belakang akademik bidang pelancongan perhotelan.
Selama 14 tahun berkhidmat sebagai Ketua Daerah Anak Negeri Kota Kinabalu di Mahkamah Anak Negeri Sabah dari tahun 2004 sehingga bersara pada April 2018, beliau dikatakan akan mengimplementasi tuntutan pembangunan rakyat Inanam apabila dipilih sabagai ADUN.
Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Pembangunan Luar Bandar antara kelebihan buat calon Parti Bersatu Sabah (PBS) merangkap Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut.