Amrah Liwangsa dilahirkan di Kampung Bilit, Kinabatangan pada 1 Mac 1959.
Usia 61 tahun tidak menghalang beliau untuk bertanding di kerusi DUN Sukau mewakili parti Warisan.
Berbangsa Buludupi dan mempunyai ijazah sarjana muda Sains Perhutanan dari UPM.
DUN Sukau menyaksikan pertembungan lima penjuru dan penyandang kerusi DUN Sukau pada pilihan raya kali ini bertandingan sebagai calon Bebas.