BENSON INGGAM

Benson Inggam, 41, antara barisan calon muda Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (UPKO) yang bertanding pada PRN Sabah kali ini.

Mewakili UPKO di DUN Kuamut, peguam muda ini berhadapan dengan pertembungan lima penjuru.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan dicabar Dr Ationg Tituh (Gagasan); Juhari Janan (PPRS); Masiung Banah (Bebas) dan Mohd Mezsi Ng Abdullah (PCS).

Memiliki Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Trent Nottingham, England, bekas pelajar SMK Penangah ini turut dilantik Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Daerah Tongod.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Daerah Tongod (2019-2020)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan (2019-hingga kini)
  • Ketua CLC Kuamut (2019-hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Biro Perundangan (2019-hingga kini)
  • Ahli Jawatankuasa Biro Keahlian dan Pemantapan Bahagian (2019-hingga kini)
  • Ketua Penerangan UPKO Kinabatangan (2017-2018)
  • Ketua Pemuda UPKO Kinabatangan (2011-2013)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Trent Nottingham, England (2014-2016)
  • Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian, Universiti Terbuka Malaysia (2012-2014)
  • Program Pengurusan Eksekutif Perladangan Kelapa Sawit, Pusat Latihan Institut Pengurusan Agro Sains (2004-2005)
  • Diploma Ontarian Sekolah Menengah (Program Kanada), Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor (1996-1997)
  • SMK Penangah, Telupid (1991-1995)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: UPKO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P187 Kinabatangan N57 Kuamut