Elias Sani atau lebih mesra dipanggil Cikgu Alias Sani merupakan bekas Timbalan Pengerusi Parti Amanah di Sabah merangkap Pengarah Strategi parti itu di negeri ini.
Bagaimanapun telah lompat parti apabila menyertai Parti Warisan pada 1 Februari 2020.
Beliau juga merupakan mantan pengetua di sekolah As-Salam sebuah institusi pendidikan yang telah dibina pada tahun 1989.
Selain itu, calon DUN Sekong juga mengakui beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun menafikan dirinya adalah pengganas.
Beliau pernah ditahan pada 2003 hingga 2007, tetapi tidak pernah dibicarakan dan disabitkan bersalah.
Sementara itu, beliau juga sering terlibat dalam pelbagai gerakan aktiviti kemasyarakatan dan aktivis sukarelawan memelihara kebersihan di daerah Sandakan.
Beliau seringkali menyertai aktiviti program kesedaran membersihkan sampah-sarap di kawasan persisiran pantai dan kawasan perumahan di kawasan Batu Sapi setiap tahun.