NAYAN YAMBU LAURENTIUS

Maklumat Diri
Asal
Kampung Lubong Tambunan
Tarikh lahir
29/12/1956

Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu merupakan bumiputera daripada suku kaum Kadazandusun daripada Kampung Nambayan, Tambunan.

Beliau adalah salah seorang individu penting dalam pembangunan sosial di daerah Tambunan.

Beliau telah terlibat dalam banyak program dan aktiviti kebajikan dalam membantu masyarakat di daerah Tambunan.

Beliau membantu penduduk Tambunan melalui Sabah Youth Movement dengan mengumpulan golongan muda untuk menjalankan kerja-kerja amal.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.
  • Pengasas Sabah Youth Movement
  • Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Jawatan dalam parti:

  • Bendahari Agung UPKO
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan St. Francis Cabrini Nambayan, Tambunan
  • Sekolah Menengah St. Martin Tambunan (1973-1975)
  • Sabah College, Kota Kinabalu (1976-1977)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Zoologi,University of Carbondale, Illinois
  • Sarjana Sains Pengurusan Landskap Terlindung,University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom
  • Diploma Pascasiswazah Profesional dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Burung Walit Edible-Nest, Cambridge Academy of Management (FCAM), United Kingdom
  • Ijazah Kedoktoran (PhD)  Pengurusan Hidupan Liar di Oxford University/ Isles Internationale University/ Commonwealth, United Kingdom.
  • Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P180 Keningau N39 Tambunan