ANDI MUHAMMAD SURADY BANDY

Andi Muhammad Suryady Bandy sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Kalabakan meraih 23,855 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 9,100.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu yang terletak dalam Parlimen Kalabakan.

Walaupun merupakan antara muka baharu yang dipertaruhkan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, beliau berjaya 'merebut' semula kerusi tersebut selepas penyandangnya sebelum ini, Datuk Hamisa Samat bersama lima lagi ADUN Sabah bertindak keluar parti dan menyokong kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2018.

Dalam PRN tersebut, beliau menewaskan lima calon masing-masing dari parti Warisan, Parti Cinta Sabah, PPRS, USNO dan Bebas.

Beliau juga merupakan pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau
  • ADUN Tanjung Batu
  • Ahli Parlimen Kalabakan (2022)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P191 Kalabakan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P191 Kalabakan N71 Tanjung Batu