HAMILD HAMID AWANG

Hamild@Hamid Awang merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau. 

Beliau mempunyai Diploma Sains Politik dari Open University Malaysia.

Bapa kepada sembilan cahaya mata ini aktif dalam pertubuhan badan bukan kerajaan.

Beliau antara muka baharu yang dicalonkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau (2007-2020)
  • Pemimpin Kemajuan Rakyat (1999-2013)
  • Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pentadbir Sekolah Rendah Agama Kinabutan (1997 hingga kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Tabung getah Sabah (2005-2011)

Jawatan dalam politik:

  • Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Mangga
  • Penyelaras Pilihan Raya Dun Balung (13 Mac 2020)
  • AJK UMNO Bahagian Tawau (13 Mac 2020)
  • Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau (2004-2008)
  • Pengarah PRU Dun Balung (2013)
  • Timbalan Pengarah PRU Dun Balung (2008)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau (2000-2004)
  • Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Semporna (1997-2000)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna (1993-1996)
  • Naib Ketua Bahagian Semporna (1991-1996)
Pendidikan:
  • Diploma Sains Politik dari Open University Malaysia
  • Sekolah Menengah Holy Trinity
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P190 Tawau N67 Balung