Pernah menjadi pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Juhari Janan kini nekad bertanding di DUN Kuamut mewakili Barisan Nasional.
Beliau yang berhadapan dengan pertembungan lima penjuru memiliki Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Komersial Kinabalu.
Juhari pernah dipilih sebagai Exco Pemuda UMNO Pusat pada tahun 2000 hingga 2004.
Calon lain yang bertanding di DUN Kuamut ialah Benson Inggam (UPKO); Ationg Tituh (Gagasan); Masiung Banah (Bebas) dan Mohd Mezsi Ng Abdullah (PCS).