Barisan Nasional mempertaruhkan calon muka baharu iaitu Mohamad Hamsan Awang Supian bagi mengantikan penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setelah namanya gugur dalam pengumuman senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Kerusi DUN Sungai Sibuga disandang Musa sejak 1994.
Mohamada Hamsan merupakan timbalan presiden majlis perbandaran Sandakan pada 2011 hingga 2019 dan kini menceburi bidang politik setelah dicalonkan atas tiket Parti Barisan Nasional (BN).