MATUSIN BOWIE MATIUS

Bekas pemain pertahanan pasukan bola sepak Sabah, Matusin Bowie @ Matius merupakan Naib Presiden III Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sabah.

Beliau berusia 51 tahun adalah pemain bola sepak era 1990-an antara muka baharu mewarnai Pilihan Raya Negeri Sabah.

Bekas penjawat awam ini juga bergiat aktif dalam dunia politik dengan menjawat jawatan Timbalan Ketua Bahagian Dun Tulib selama dua tahun.

Bermula dari ketua pemuda pusat PBRS, beliau juga pernah dipilih sebagai naib pemuda Barisan Nasional (BN).

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Kakitangan Jabatan Kerja Raya (1989-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Timbalan ketua pemuda pusat PBRS Sabah
  • Naib pemuda BN (1999-2015)
  • Naib pemuda BN (2015 - 2017)
  • Ketua pemuda pusat PBRS Sabah
  • Timbalan Ketua Bahagian Dun Tulib (2018-2020)
  • Naib Presiden III Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sabah

 

Pendidikan:
  • Open Universiti Malaysia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P182 Pensiangan N44 Tulid