MOKRAN INGKAT

Mokran Ingkat berusia 54 tahun merupakan pesara kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat dan pendakwah Jabatan Perhutanan Sandakan.

Anak jati Libaran ini adalah graduan dari Universiti Putra Malaysia dengan mengambil jurusan ijazah sarjana perhutanan dengan kepujian pada tahun 1992 sehingga 1996.

Penglibatan beliau dalam politik bermula pada tahun 1991 sebagai ahli UMNO dan dilantik Timbalan Ketua Pemuda UMNO cawangan (Penaja).

Kemudian beliau dilantik sebagai naib ketua pemuda UMNO Libaran selama dua tahun, selepas memenangi pemilihan persidangan UMNO Bahagian tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga adalah AJK UMNO  Bahagian UMNO Libaran.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai penyiasat dan pendakwah Jabatan Perhutanan Sandakan
  • Timbalan Ketua Bahagian Perancangan Sektor Hutan Ibu Pejabat Perhutanan Sandakan (Februari 2020)
  • Pegawai Pemelihara Hutan & Pegawai Perhutanan Tawau (2014-2020)
  • Pegawai Perhutanan Keningau (2004-2006)
  • Penolong Pemelihara Hutan dan Pensyarah di Institusi Perhutanan Sabah (1988-1992)
  • Penolong Pemelihara Hutan (1985-1988)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengarah jentera Pilihanraya UMNO bahagian Libaran (Ogos 2020)
  • AJK Mesyuarat UMNO  Bahagian UMNO Libaran (Julai 2020)
  • Pengarah Jentera Pilihanraya (2013)
  • Setiausaha UMNO bahagian Libaran (2010-2013)
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana perhutanan dengan kepujian Universiti Putra Malaysia (1992-1996)
  • Diploma Sains Perhutanan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Kuching (1982-1985) 
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- P184 Libaran N51 Sungai Manila