Datuk Ir Haji Yahiya Ag Kahar adalah seorang jurutera yang pernah diberi tanggungjawab memikul tanggungjawab sebagai timbalan pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah (Pejabat Direktoriat – Pembangunan) dan Pengarah Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Sabah.
Sebelum memangku jawatan pengarah di kedua jabatan itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai ketua penolong pengarah pemelihara jalan (Cawangan Lebuhraya JKR) dan ketua penolong pengarah (cawangan jalanraya).
Yahiya juga pernah menjawat jawatan jurutera di beberapa daerah seperti Tawau, Beaufort, Ranau dan Semporna.
Beliau juga anak jati Pantai Manis adalah Ahli Lembaga Penasihat University Tunku Abdul Rahman Sabah sejak tahun 2015 sehingga kini.
Pernah menjadi pengerusi Madrasah Masjid Negeri Sabah dan timbalan pengerusi Masjid Negeri Sabah.
Bagaimanapun kini, beliau menceburi bidang politik setelah dicalonkan bagi DUN 29 Pantai Manis atas tiket Warisan.